awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Stefano Gabbana letak jawatan pengerusi Dolce & Gabbana
PM fokus ekonomi, tolak tepi kemelut Rafizi, PKR
Bekas Pengerusi SPR Mohd Hashim Abdullah meninggal dunia 
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB: Empat lukisan dijangka tiba di Malaysia 6 April - SPRM

Pia Ernadya
Pia Ernadya
31/03/2026
11:15 MYT
1MDB: Empat lukisan dijangka tiba di Malaysia 6 April - SPRM
Empat lukisan karya pelukis tersohor dunia yang dikaitkan dengan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kini dalam proses dibawa pulang ke Malaysia dan dijangka tiba pada 6 April ini. - Foto Sinar Harian
Empat lukisan karya pelukis tersohor dunia yang dikaitkan dengan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kini dalam proses dibawa pulang ke Malaysia dan dijangka tiba pada 6 April ini.
Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin berkata karya berkenaan ialah L’Ecuyère et les clowns (1961) oleh Pablo Picasso, Montmartre (1934) oleh Maurice Utrillo, Etude pour femme couchée (1948) oleh Balthus dan Composition (1953) oleh Joan Miró.
Beliau berkata kesemua lukisan berkenaan dimiliki oleh peguam utama 1MDB Jasmine Loo, dengan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mengesahkan karya itu mempunyai kaitan dengan skandal 1MDB.
“Karya berkenaan dijangka tiba di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada 6 April ini. Proses membawa pulang lukisan itu ialah hasil kerjasama rasmi antara SPRM, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan DOJ di Washington D.C. pada Disember tahun lepas.
“Saya difahamkan lukisan-lukisan ini sedang dalam kurier untuk tiba di Putrajaya. Ia lukisan milik Jasmine yang berada di Sotheby’s Auction House. Tujuh lagi lukisan masih berada di bawah jagaan rumah lelong terkenal, Christie’s,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohamad Zamri berkata SPRM juga akan menggunakan mekanisme Bantuan Undang-Undang Bersama (MLA) bagi membawa pulang baki karya yang masih berada di bawah jagaan Christie’s.
“Berdasarkan dokumen lampiran, anggaran nilai setiap lukisan berdasarkan lelongan awam ialah seperti yang berikut: Picasso kira-kira USD5,000-USD7,000; Utrillo antara USD20,000-USD30,000; Balthus anggaran USD15,000-USD20,000 dan Miró sekitar USD60,000-USD80,000.
“Secara keseluruhan, nilai empat karya itu dianggarkan mencecah hampir setengah juta hingga lebih RM600,000, menjadikannya antara aset seni bernilai yang berjaya dipulihkan setakat ini,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan sebanyak 12 lukisan bernilai kira-kira USD30 juta (RM140 juta) yang dikaitkan dengan skandal 1MDB akan dipamerkan di Balai Seni Negara selepas tiba di Malaysia.
Difahamkan, karya seni tersebut berpotensi dipamerkan kepada orang ramai sebagai simbol kejayaan usaha penguatkuasaan negara sebelum sebarang tindakan lanjut, termasuk lelongan bagi memulangkan semula dana kepada kerajaan.
SPRM dijangka menyerahkan lukisan berkenaan kepada Balai Seni Negara yang mempunyai kepakaran dalam pemeliharaan karya seni bertaraf tinggi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lukisan
#1MDB
#Malaysia
#pelukis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan