awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
Bandar sesak: Populasi berlebihan ancam alam sekitar bandar di Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 beradik lemas: Mayat abang ditemui di dasar lombong

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
12/03/2023
07:53 MYT
2 beradik lemas: Mayat abang ditemui di dasar lombong
Mayat mangsa ditemukan oleh pasukan penyelam bomba di dasar lombong itu. - Gambar/ PDRM
SUNGAI PETANI: Mayat kanak-kanak berusia enam tahun yang merupakan mangsa lemas kedua dalam kejadian di lombong pasir di Kampung Pematang Kedondong, Tikam Batu, di sini, ditemui pada kedalaman 15 meter.
Mayat Muhammad Nazeri Belal Hussain, ditemukan pada jam 2.45 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata mayat mangsa ditemukan oleh pasukan penyelam bomba di dasar lombong itu.
“Mayat ditemukan kira-kira tiga meter dari tebing, tempat di mana pakaian mangsa ditemui.
“Mayat kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk bedah siasat.
“Dengan penemuan itu operasi mencari dan menyelamat (SAR) dihentikan selepas mayat pertama iaitu adiknya Mamod Shukur Belal Hussain, 4, ditemukan pada jam 7.30 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
BACA: Kanak-kanak 4 tahun lemas mandi lombong, abang masih hilang
Zaidy berkata, kedua-dua mangsa merupakan etnik Rohingya yang tinggal kira-kira 200 meter dari kawasan lombong terbabit, dipercayai pergi ke kawasan itu sekitar jam 6 petang semalam.
Katanya, kehilangan mereka disedari ahli keluarga selepas tidak pulang ke rumah sehingga jam 8 malam tadi.
“Setelah pencarian dilakukan, ibu mangsa menemui pakaian dan selipar milik anaknya di tepi tebing lombong.
"Berikutan itu ibu mangsa telah membuat laporan polis di Bali Tikam Batu pada jam 9 malam,” ujar Zaidy.
Topic Berkaitan
#kes lemas
#dua beradik lemas
#Tikam Batu
#lombong pasir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan