awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 direman kes tembak pengamal perubatan tradisional

Bernama
Bernama
07/04/2021
10:54 MYT
2 direman kes tembak pengamal perubatan tradisional
Polis sebelum ini dilaporkan tidak menolak kemungkinan kejadian bermotifkan dendam atau marah dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama
KUANTAN: Polis menahan dua individu bagi membantu siasatan kes pengamal perubatan yang ditemukan maut disyaki ditembak dalam sebuah rumah berhampiran Bukit Rangin Perdana 2, di sini.
Tanpa mendedahkan butiran tangkapan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Othman Nayan ketika dihubungi Bernama berkata, kedua-dua individu terbabit direman selama tujuh hari sehingga 13 April.
Pada 4 April lalu, Mohamad Abdul Rahim Nasri, 31, ditemukan maut kira-kira jam 11 malam, dengan kesan darah kering di kepala serta mempunyai luka tembakan.
BACA: Pengamal perubatan mati ditembak, keluarga rayu henti spekulasi
Ketika kejadian difahamkan lelaki itu tinggal berseorangan di rumah kerana isterinya sedang berpantang di rumah keluarga di Pekan selepas melahirkan anak manakala ibu mangsa berusia 60 tahun yang tinggal bersamanya pula dikatakan keluar berniaga.
Polis sebelum ini dilaporkan tidak menolak kemungkinan kejadian bermotifkan dendam atau marah dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#pengamal perubatan tradisional
#ditembak
#sebuah rumah
#bukit rangin perdana
#Kuantan
#polis
#tahan suspek
#darah kering di kepala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan