awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 rakyat Malaysia cedera ringan dalam kemalangan bas di Norway - Wisma Putra

Bernama
Bernama
31/12/2024
11:15 MYT
2 rakyat Malaysia cedera ringan dalam kemalangan bas di Norway - Wisma Putra
Kementerian Luar Negeri menjelaskan bahawa hanya dua rakyat Malaysia terlibat dalam kemalangan bas berhampiran Tasik Asvatnet, Norway pada 26 Disember. -Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Luar Negeri menjelaskan bahawa hanya dua rakyat Malaysia terlibat dalam kemalangan bas berhampiran Tasik Asvatnet, Norway pada 26 Disember.

Ringkasan AI
  • Kementerian Luar Negeri menjelaskan bahawa hanya dua rakyat Malaysia terlibat dalam kemalangan bas berhampiran Tasik Asvatnet, Norway pada 26 Disember.
  • Kedua-dua individu mengalami kecederaan ringan dan telah meneruskan perjalanan di Norway tanpa sebarang komplikasi lanjut.
  • Laporan awal yang menyatakan terdapat empat rakyat Malaysia terlibat adalah disebabkan salah faham kerana dua lagi warganegara Malaysia menginap di hotel yang sama tetapi bukan sebahagian daripada kejadian itu.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan kedua-dua individu itu mengalami kecederaan ringan dan dikategorikan sebagai kes "tanpa kecederaan" oleh pihak berkuasa Norway. Mereka berada dalam keadaan sihat.
"Mereka telah meneruskan perjalanan di Norway tanpa sebarang komplikasi lanjut," kata Kementerian Luar Negeri yang lebih dikenali sebagai Wisma Putra pada Selasa.
Kementerian Luar Negeri juga menjelaskan bahawa laporan awal yang menyatakan terdapat empat rakyat Malaysia terlibat dalam kemalangan itu adalah disebabkan salah faham kerana dua lagi warganegara Malaysia menginap di hotel yang sama tetapi bukan sebahagian daripada kejadian itu.
Menurut Wisma Putra, kementerian itu bagi pihak kerajaan Malaysia turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak berkuasa tempatan di Norway atas tindakan pantas dan bantuan yang amat bermakna kepada penumpang Malaysia yang terlibat.
Ia menekankan bahawa keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di luar negara kekal menjadi keutamaan Kementerian.
Bas itu dilaporkan membawa 58 penumpang termasuk warga China, Singapura, India, Belanda, Malaysia, Sudan Selatan, Perancis dan Ukraine. Kejadian itu berlaku pada 1.30 tengah hari waktu tempatan pada 26 Disember akibat keadaan cuaca buruk, menyebabkan bas hilang kawalan lalu terbabas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tasik Asvatnet
#dua rakyat Malaysia
#kemalangan bas
#Norway
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan