awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 sekolah di Perak ditutup akibat jangkitan COVID-19

Bernama
Bernama
04/05/2021
10:43 MYT
2 sekolah di Perak ditutup akibat jangkitan COVID-19
Sekolah itu ditutup atas nasihat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) selepas kes jangkitan itu dilaporkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Perak. - Gambar hiasan
IPOH: Sekolah Kebangsaan St Michael di sini diarahkan tutup selama dua hari bermula hari ini susulan pengesanan kes positif COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Perak Ahmad Saidi Mohammad Daud berkata sekolah itu ditutup atas nasihat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) selepas kes jangkitan itu dilaporkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Perak.
"Sekolah ini ditutup pada hari ini dan esok bagi membolehkan PKD membuat penilaian risiko, pengesanan kontak rapat dan menjalankan proses sanitasi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Selain itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kledang di Menglembu di sini turut mengumumkan penutupan sekolah itu selama dua hari bermula semalam melalui laman sosial Facebook rasminya.
"Dimaklumkan bahawa ada satu kes positif COVID-19 di sekolah kita maka sekolah akan ditutup selama dua hari iaitu pada 3 dan 4 Mei," menurut sekolah terbabit menerusi laman sosial itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perak
#sekolah ditutup
#COVID-19
#penularan jangkitan
#guru
#murid
#Sekolah Kebangsaan St Michael
#SMK Seri Kledang
#Exco
#Ahmad Saidi Mohammad Daud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan