awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesawat pengisian bahan api KC-135R AS mendarat di Israel selepas isyarat kecemasan
Krisis tenaga global: Kerajaan jamin isu pendidikan tetap diberi keutamaan - PM Anwar
Jepun, Indonesia jalin kerjasama pembiakan orang utan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

21 maut feri penumpang karam di Sungai Nil

Astro AWANI
Astro AWANI
12/02/2026
10:24 MYT
21 maut feri penumpang karam di Sungai Nil
Insiden tragis itu berlaku ketika feri berkenaan dipercayai membawa sekitar 30 penumpang sebelum hilang kawalan dan terbalik. -Gambar fail/Bernama
Sekurang-kurangnya 21 orang terkorban selepas sebuah feri penumpang yang membawa puluhan penumpang karam dan tenggelam di Sungai Nil, menurut laporan media antarabangsa pada Khamis.
Insiden tragis itu berlaku ketika feri berkenaan dipercayai membawa sekitar 30 penumpang sebelum hilang kawalan dan terbalik.
Media tempatan Sudan melaporkan bahawa feri tersebut beroperasi di antara kawasan Tayba al-Khawad dan Deim al-Quray di negeri River Nile.
Menurut rangkaian perubatan Sudan Doctors Network, sebahagian mangsa terdiri daripada wanita, kanak-kanak dan warga emas.
Setakat ini, sekurang‑kurangnya 15 mayat ditemui, manakala maklumat awal daripada sumber keselamatan Sudan menyebut jumlah korban boleh meningkat hingga 21 orang.
Operasi mencari dan menyelamat masih giat dijalankan melibatkan pasukan penyelamat serta penduduk setempat.
Antara enam hingga lapan orang dilaporkan terselamat, namun angka sebenar belum dimuktamad kerana beberapa mangsa masih belum ditemui.
Keadaan sungai yang bergelora serta ketiadaan langkah keselamatan asas didakwa menjadi faktor penyumbang kepada tragedi itu.
Laporan turut menyebut bahawa feri di kawasan berkenaan sering membawa penumpang melebihi kapasiti, sekali gus meningkatkan risiko kemalangan.
Pasukan perubatan dan pihak berkuasa merayu agar pasukan penyelamat khusus, bot penyelamat serta peralatan pencarian tambahan digerakkan segera bagi mempercepat usaha mengesan mangsa hilang.
Mereka turut menggesa kerajaan negeri meningkatkan keselamatan pengangkutan air bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Topic Berkaitan
#feri penumpang
#Sungai Nil
#feri karam
#Tayba al-Khawad
#Deim al-Quray
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan