awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

215 GRO warga asing ditahan dalam Op Noda

Bernama
Bernama
25/08/2025
13:27 MYT
215 GRO warga asing ditahan dalam Op Noda
Seramai 215 wanita warga asing dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam Op Noda di seluruh negara pada Jumaat dan Sabtu lepas. - Foto ihsan polis
KUALA LUMPUR : Seramai 215 wanita warga asing dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam Op Noda di seluruh negara pada Jumaat dan Sabtu lepas.

Ringkasan AI
  • Seramai 215 wanita warga asing disyaki bekerja sebagai GRO ditahan dalam Op Noda di seluruh negara.
  • Polis memeriksa 87 premis hiburan, 66 daripadanya beroperasi tanpa lesen sah.
  • Kes disiasat bawah beberapa akta imigresen dan hiburan, operasi akan terus dipergiat bagi membanteras kegiatan ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M Kumar berkata serbuan itu turut membabitkan pemeriksaan terhadap 87 premis hiburan dengan 66 daripadanya dikesan beroperasi tanpa lesen sah.
“Polis turut menahan pemilik premis, pekerja dan pelanggan selain GRO warga asing terdiri daripada 77 warga Thailand, Vietnam (65), Indonesia (35), Myanmar (28), China (5), Kemboja (4) dan dua Laos.
“Kesemua yang ditahan berusia 22 hingga 38 tahun dibawa ke ibu pejabat polis daerah berkaitan untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959 iaitu Seksyen 15(1)(C), Seksyen (6)(1)(C) dan Seksyen 55B; Seksyen 76 Akta Eksais 1976; Peraturan 39(B) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta Enakmen/Ordinan Hiburan Negeri.
“Operasi seperti ini akan terus dipergiatkan bagi memastikan pusat hiburan mematuhi syarat lesen yang ditetapkan. Orang ramai digesa menyalurkan maklumat bagi membantu pihak berkuasa membanteras kegiatan ini,” katanya.
– BERNAMA
Topic Berkaitan
#op noda
#GRO
#jenayah
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan