awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

215 penyelidikan klinikal tajaan dilaksana pada 2021 - Khairy

Bernama
Bernama
21/03/2022
09:31 MYT
215 penyelidikan klinikal tajaan dilaksana pada 2021 - Khairy
Khairy berkata pertumbuhan dan pembangunan penyelidikan klinikal yang ditaja di negara ini diterajui oleh CRM iaitu sebuah syarikat di bawah KKM yang diperbadankan sejak 2012. - Bernama
PUTRAJAYA: Malaysia telah menjalankan 215 penyelidikan klinikal tajaan baharu pada tahun lepas melibatkan jumlah kontrak bernilai RM226 juta, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata penyelidikan klinikal itu melibatkan rawatan penyelidikan dalam bidang penyakit berjangkit, onkologi, hematologi dan kardiologi, dengan separuh daripada kajian itu dijalankan di hospital dan klinik kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) manakala selebihnya di hospital universiti dan pusat perubatan swasta.
"Penyelidikan klinikal adalah penting dalam pembangunan ubatan dan terapi baharu yang selamat dan lebih berkesan dalam merawat sesuatu keadaan kesihatan.
"Malaysia telah menjalankan pelbagai jenis penyelidikan klinikal sejak awal 1990-an, kebanyakannya melibatkan penyelidikan klinikal yang ditaja itu dibiayai oleh syarikat farmaseutikal, bioteknologi dan peranti perubatan," katanya ketika berucap melancarkan Laporan Tahunan Clinical Research Malaysia (CRM) 2021 dan Laporan Projek Realisasi Fasa 1 (P1RP) di sini hari ini.
Khairy berkata pertumbuhan dan pembangunan penyelidikan klinikal yang ditaja di negara ini diterajui oleh CRM iaitu sebuah syarikat di bawah KKM yang diperbadankan sejak 2012.
Beliau berkata KKM melalui CRM komited dalam menerajui usaha menyokong perkembangan penyelidikan klinikal yang ditaja ke dalam negara dengan memastikan kajian klinikal dikendalikan dengan asas kepantasan, kualiti, dan kebolehpercayaan.
"Melangkah ke hadapan, saya beraspirasi untuk melihat CRM meneroka ujian klinikal yang melibatkan domain peranti perubatan yang belum diterokai dan mempunyai potensi yang sangat tinggi," katanya.
Khairy berkata penyelidikan klinikal tajaan telah dikenal pasti sebagai salah satu Projek Permulaan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara 2010 dengan potensi mewujudkan peluang pekerjaan mahir dalam industri serta menjana pendapatan melalui pelaburan dalam kajian klinikal yang dijalankan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#penyelidikan klinikal
#KKM
#Tajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan