awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Tidak ada PRU16 dalam satu, dua bulan ini" - PM Anwar
Misi bantuan Gaza: Pemilihan MB Selangor bantu permudah rundingan dengan Mesir - Anwar
WHO gesa sokongan keihatan segera di kawasan konflik Asia Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

225 petugas perubatan berkhidmat musim haji 1447H

Bernama
Bernama
02/04/2026
15:20 MYT
225 petugas perubatan berkhidmat musim haji 1447H
Dr Dzulkefly menyantuni 225 bakal petugas berkenaan pada majlis perjumpaan bersama pengurusan tertinggi Kementerian Kesihatan (KKM) di Putrajaya. - Foto Facebook/Dzulkefly Ahmad
Seramai 225 petugas perubatan Malaysia akan berangkat ke Tanah Suci minggu depan bagi bertugas pada musim haji 1447H/2026M.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata di sebalik cabaran geopolitik di Asia Barat ketika ini, kelancaran urusan haji terus terjamin hasil diplomasi kukuh Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Kerajaan Arab Saudi.

“Apabila kerajaan telah mengusahakan yang terbaik, saya menaruh harapan agar petugas di lapangan menyambutnya dengan komitmen perkhidmatan yang paling cemerlang. Operasi tahun ini juga menuntut pasukan kita bertindak lebih tangkas dan dinamik.
“Ketiadaan pusat rawatan kendalian Tabung Haji (TH) bermakna jemaah akan dirujuk terus ke hospital Kerajaan Arab Saudi. Pastinya kelancaran urusan ini menuntut tahap proaktif, kesabaran dan diplomasi yang tinggi daripada petugas,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.
Terdahulu, Dzulkefly menyantuni 225 bakal petugas berkenaan pada majlis perjumpaan bersama pengurusan tertinggi Kementerian Kesihatan (KKM) di Putrajaya.
Beliau turut menzahirkan ucapan tahniah kepada petugas berkenaan yang bakal memikul tanggungjawab menyantuni Dhuyufur-Rahman (tetamu Allah), selain mengingatkan mereka supaya menggalas amanah yang diberikan demi negara, agama dan kemanusiaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Haji
#petugas perubatan
#Dzulkefly Ahmad
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan