"Tidak ada PRU16 dalam satu, dua bulan ini" - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan perasmian Program MADANI RAKYAT 2026 Perak di Bulatan Sultan Azlan Shah Meru, hari ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa beliau tidak akan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dalam masa terdekat.
Sebaliknya, kata beliau, keutamaan sekarang ialah untuk menghadapi krisis ekonomi disebabkan konflik di Asia Barat.
Menurutnya, krisis lonjakan harga minyak yang berlaku sekarang adalah realiti ekonomi, bukannya politik.
"Ini bukan soal pertarungan politik, bermusuh satu sama lain. Saya tidak akan ada pilihan raya dalam satu, dua bulan ini, sabar sekejap. Esok masa pilihan raya bertempurlah. Sekarang ni kerja. Enough of politics, bangun, selamatkan negara kita," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian Program Madani Rakyat (PMR) Negeri Perak 2026 di Bulatan Sultan Azlan Shah Meru, Ipoh pada Sabtu.
Menurutnya, situasi semasa memerlukan semua pihak termasuk pemimpin dan rakyat untuk memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh ekonomi serta menjaga keselamatan negara.
Katanya, konflik antarabangsa yang berlaku ketika ini turut memberi tekanan kepada harga minyak global, kos logistik serta rantaian bekalan yang akhirnya memberi kesan kepada rakyat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
