awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Asnida Daim tiba beri keterangan di SPRM
Konflik Asia Barat: Iran lancar 10 peluru berpandu ke Israel dalam tiga gelombang serangan
Isu SPHM: Tiada keperluan tarik lesen perniagaan dua syarikat di Melaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2,474 bekas ahli GISB sertai program pemulihan MAIS

Bernama
Bernama
04/05/2025
11:45 MYT
2,474 bekas ahli GISB sertai program pemulihan MAIS
Sebanyak 2,474 bekas ahli GISB Holdings (GISB) termasuk 1,410 kanak-kanak menyertai program pemulihan akidah di bawah kendalian Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). - Gambar fail/REUTERS
SHAH ALAM: Sebanyak 2,474 bekas ahli GISB Holdings (GISB) termasuk 1,410 kanak-kanak menyertai program pemulihan akidah di bawah kendalian Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
MAIS dalam kenyataan hari ini memaklumkan Program Insan Rabbani itu dijalankan bermula 15 Feb lepas hingga Ogos 2025 melibatkan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
"Program itu meliputi fasa pemulihan serta fasa pemantapan dan pengukuhan yang masing-masing berjalan selama enam bulan.
"Ia seterusnya diikuti fasa pascapemulihan serta fasa pemantauan dan khidmat sokongan," menurut kenyataan itu.
Selain itu, MAIS telah melaksanakan Program Pemulihan Akidah bagi kanak-kanak GISBH pada September hingga Dis tahun lepas.
"MAIS juga bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) menganjurkan Program Rehabilitasi Sukarela Ahli GISBH membabitkan tujuh peserta dari negeri ini dan 11 peserta dari Johor pada 7 Nov 2024 hingga 4 Feb lepas," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#GISB
#program pemulihan
#MAIS
#Program Insan Rabbani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan