awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

252 sekolah di Perak kurang murid - Pengarah Pendidikan Negeri

Bernama
Bernama
12/01/2026
03:40 MYT
252 sekolah di Perak kurang murid - Pengarah Pendidikan Negeri
Ragam dan gelagat ceria murid-murid dirakam pada hari pertama sesi persekolahan ketika tinjauan di Sekolah Raja Perempuan Muzwin, Bukit Chandan, pada Isnin. - Gambar Bernama
KUALA KANGSAR: Sebanyak 252 sekolah di Perak diklasifikasi sebagai sekolah kurang murid (SKM) pada tahun ini iaitu kurang daripada 150 pelajar, kata Pengarah Pendidikan Perak, Zulkafli Mohamed Mokhtar.
Beliau berkata, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Kangsar antara yang paling tertinggi jumlah SKM iaitu 33 sekolah diikuti PPD Bagan Datuk (32) dan PPD Batang Padang (30).
Zulkafli berkata, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil adalah yang paling tinggi merekodkan SKM iaitu 91 manakala Sekolah Kebangsaan (SK) sebanyak 79 sekolah diikuti SJK Cina (70) dan SK Orang Asli (12).
"Ada sekolah yang beroperasi dengan tujuh orang murid, ada juga dengan lima orang sahaja.
"Antara faktor yang menyebabkan sekolah mempunyai kurang murid ini adalah sejarah dan geografi selain mengikut ibu bapa berpindah ke tempat lain," katanya kepada pemberita selepas Program First Day At School di SK Raja Perempuan Muzwin, di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin.
Terdahulu, Zulkafli dalam ucapannya berkata, konsep Sekolah Selamat bukan sahaja membabitkan keselamatan fizikal tetapi juga merangkumi keselamatan emosi dan kesejahteraan murid.
"Antara contoh Sekolah Selamat ialah laluan selamat ke sekolah dan dalam kawasan sekolah, pematuhan disiplin selain usaha berterusan untuk mencegah serta menangani perbuatan buli dan jenayah seksual.
"Dalam hal ini, murid perlu diajar untuk mematuhi peraturan lalu lintas, menggunakan laluan yang ditetapkan, berdisiplin dalam tingkah laku serta saling menghormati dan tidak menyakiti rakan-rakan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hari pertama sekolah
#Sekolah Kurang Murid
#Sekolah Selamat
#Pengarah Pendidikan Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan