awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

26 rumah setinggan hangus terbakar di Telipok

Bernama
Bernama
11/09/2021
11:31 MYT
26 rumah setinggan hangus terbakar di Telipok
Misran berkata kebakaran itu berjaya dikawal pada 2.23 petang dan pemantauan kawasan kejadian sedang dijalankan. - Gambar ihsan JBPM Sabah.
KOTA KINABALU: Lebih 115 individu kehilangan tempat tinggal dalam kebakaran melibatkan 26 rumah di penempatan setinggan Telipok, di sini pada Sabtu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Misran Bisara berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan itu menerusi MERS 999 pada kira-kira 1.07 tengah hari.
"Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Lintas, Tuaran serta Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran.
"Tiada kecederaan atau kematian dilaporkan dalam kejadian itu namun maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa," katanya yang dihubungi pemberita hari ini.
Misran berkata kebakaran itu berjaya dikawal pada 2.23 petang dan pemantauan kawasan kejadian sedang dijalankan.
"Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kebakaran setinggan
#Telipok
#Misran Bisara
#kebakaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan