awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2,838kg serbuk ketum untuk dieksport dirampas di Pulau Pinang

Astro Awani
Astro Awani
10/03/2016
12:59 MYT
2,838kg serbuk ketum untuk dieksport dirampas di Pulau Pinang
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghafar Rajab (tengah) menunjukkan sebahagian daripada serbuk ketum bernilai RM238,000 yang dirampas dalam serbuan pada Rabu. - Foto Bernama
Polis Pulau Pinang mematahkan cubaan mengeksport serbuk ketum dengan anggaran bernilai RM238,000 dalam satu serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat di George Town, pada Rabu.
Serbuk ketum itu dipercayai untuk dipasarkan ke Amerika Syarikat, Ukrain, Kanada dan Indonesia menggunakan khidmat penghantaran udara.
Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Ghafar Rajab, berkata dalam serbuan pukul 12.30 tengah hari itu, polis turut menahan seorang lelaki warga Bangladesh yang berusia 33 tahun di rumah yang dipercayai dijadikan makmal pemprosesan serbuk ketum terbabit.
1,690 bungkusan serbuk ketum dengan berat keseluruhan 2,838 kilogram ditemui di rumah terbabit.
"Serbuk itu dihantar menggunakan perkhidmatan kurier menerusi kapal terbang dengan mengisytiharkannya sebagai herba tradisonal," kata Abdul Ghafar.
Tambahnya, sindiket itu dipercayai aktif sejak enam tahun lalu dan menggunakan alasan mengekspot serbuk herba tradisional untuk mengaburi pihak berkuasa.
Suspek warga Bangladesh berkenaan kini direman sehingga 22 Mac.
Kes disiasat dibawah seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
Topic Berkaitan
#Abdul Ghafar Rajab
#George Town
#Georgetown
#ketum
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan