awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

290 warga India dipenjara di Malaysia atas pelbagai kesalahan

Bernama
Bernama
11/02/2022
03:23 MYT
290 warga India dipenjara di Malaysia atas pelbagai kesalahan
Lebih separuh daripada banduan India dipenjarakan di rantau negara-negara Teluk Arab, di mana kira-kira 8.5 juta pekerja India berada. - Gambar hiasan
NEW DELHI: Seramai 7,925 warganegara India ditahan di penjara asing atas pelbagai kesalahan dan 290 daripadanya di Malaysia.
Angka terbabit direkodkan setakat 15 Januari lepas, menurut Kementerian Hal Ehwal Luar (MEA) ketika menjawab soalan yang dibangkitkan di parlimen pada Khamis.
Lebih separuh daripada banduan dipenjarakan di rantau negara-negara Teluk Arab, di mana kira-kira 8.5 juta pekerja India berada.
Emiriah Arab Bersatu (UAE) merekodkan 1,663 banduan India, diikuti 1,363 di Arab Saudi, 466 di Qatar dan 460 di Kuwait.
Sementara itu, 1,039 rakyat India berada dalam tahanan di Nepal, 628 di Pakistan, 194 di China dan 76 di Singapura.
MEA turut memaklumkan dewan perwakilan bahawa setakat 31 Januari lepas, seramai 4,355 pemastautin India telah kehilangan nyawa di luar negara ketika pandemik COVID-19 melanda.
Jumlah warga India meninggal dunia akibat COVID-19 di Malaysia merekodkan angka 186 orang.
Arab Saudi mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 1,237, diikuti UAE sebanyak 894 korban, 668 di Kuwait, 555 di Oman dan 203 di Bahrain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penjara
#India
#seluruh dunia
#Teluk Arab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan