awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Israel dan Lubnan setuju gencatan senjata selama 10 hari - Trump
Kerajaan MADANI semarak agenda perkasa usahawan bumiputera, sasar pelaburan GLIC RM2 bilion - PM Anwar
Cubaan bunuh Presiden Madagascar digagalkan - Pejabat Presiden
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

299 kandungan palsu berkaitan krisis tenaga global diturunkan setakat ini - Fahmi

Bernama
Bernama
16/04/2026
06:17 MYT
299 kandungan palsu berkaitan krisis tenaga global diturunkan setakat ini - Fahmi
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil ketika sidang media selepas berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di Kementerian Komunikasi hari ini. - Foto Bernama
Sebanyak 299 kandungan palsu berkaitan krisis tenaga global telah diturunkan oleh penyedia platform media sosial setakat ini, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
Beliau berkata jumlah tersebut merupakan sebahagian daripada 450 kandungan palsu yang dikenal pasti Suruhanjaya Multimedia Malaysia (MCMC) untuk diturunkan bagi tempoh 29 Mac hingga 7 pagi ini.
“Jadi kadar penurunan ialah sebanyak 66 peratus pada waktu ini.
“Selebihnya masih dalam proses tindakan oleh platform terlibat, kerana penurunan kandungan adakalanya memerlukan sedikit masa pada peringkat platform,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi, di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin.
Fahmi berkata 147 kandungan berkaitan Selat Hormuz telah dimohon untuk diturunkan, dengan 122 daripadanya telah diturunkan pagi tadi.
“Platform yang paling banyak (menyebarkan) maklumat palsu ialah Facebook dengan 180 kandungan melibatkan pelbagai isu, manakala kedua paling banyak ialah TikTok dengan 134 kandungan,” katanya.
Fahmi berkata peningkatan kandungan palsu di Threads berkemungkinan berkait dengan pemilikan akaun yang saling berkait antara Facebook dan Instagram, sekali gus memudahkan pengguna membuka akaun di platform berkenaan.
Sementara itu, beliau turut memaklumkan sebanyak 57 kertas siasatan telah dibuka setakat ini berhubung penyebaran kandungan palsu berkaitan krisis tenaga global.
Fahmi berkata daripada jumlah itu, satu kes telah diputuskan oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk didakwa dalam masa terdekat, manakala lima kes menerima arahan pengkompaunan, dengan jumlah kompaun masih belum ditetapkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#kandungan
#palsu
#tenaga
#MCMC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan