awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3 maut, 2 cedera dalam nahas helikopter pelancong di Hawaii

Astro AWANI
Astro AWANI
27/03/2026
08:18 MYT
3 maut, 2 cedera dalam nahas helikopter pelancong di Hawaii
Helikopter yang membawa seorang juruterbang dan empat penumpang itu terjunam ke laut kira-kira 90 meter dari pesisir Pantai Kalalau sekitar jam 3.45 petang Khamis. -Gambar hiasan
Tiga orang maut manakala dua lagi cedera apabila sebuah helikopter pelancong terhempas di perairan Na Pali Coast, pulau Kauai, Hawaii, petang Khamis.
Helikopter berkenaan, yang dikendalikan Airborne Aviation, membawa seorang juruterbang dan empat penumpang sebelum terjunam ke laut kira-kira 90 meter dari pesisir Pantai Kalalau sekitar jam 3.45 petang waktu tempatan.
Menurut Jabatan Polis Kauai, tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala dua lagi yang terselamat dibawa ke Pusat Perubatan Wilcox untuk rawatan lanjut.
Operasi mencari dan menyelamat digerakkan oleh Jabatan Bomba Kauai dengan kerjasama Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS), Agensi Pengurusan Kecemasan Kauai dan Jabatan Tanah serta Sumber Asli Hawaii bagi mengesan serpihan pesawat serta barangan mangsa.
Na Pali Coast merupakan kawasan tumpuan pelancong yang terkenal dengan tebing curam dan air terjun, namun hanya boleh diakses melalui udara, bot atau laluan mendaki yang mencabar.
Pihak berkuasa penerbangan persekutuan sedang menyiasat punca nahas, manakala identiti mangsa belum didedahkan sehingga proses makluman kepada waris selesai.
Sebelum ini, beberapa insiden melibatkan helikopter pelancong pernah dilaporkan di kawasan yang sama, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai tahap keselamatan operasi penerbangan di kawasan bentuk muka bumi yang ekstrem itu.
Topic Berkaitan
#Kauai
#Na Pali Coast
#Hawaii
#helikopter pelancong
#Airborne Aviation
#Kalalau Beach
#operasi sar
#kemalangan udara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan