awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3 pengarah skim pelaburan emas Genneva diperintah bela diri

Bernama
Bernama
23/01/2013
11:20 MYT
3 pengarah skim pelaburan emas Genneva diperintah bela diri
Mahkamah Sesyen Rabu memerintahkan tiga pengarah dan seorang bekas pengarah sebuah syarikat pelaburan jongkong emas membela diri terhadap 224 pertuduhan pengubahan wang haram dan lima pertuduhan menerima deposit tanpa lesen melibatkan urus niaga bernilai lebih RM100 juta.
Hakim Datuk Rozana Ali Yusuff membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tiga pengarah syarikat Genneva Sdn Bhd iaitu Ng Poh Weng, 63, Marcus Yee Yuen Seng, 61, Chin Wai Leong, 37, dan bekas pengarahnya Liew Chee Wah, 59.
Mahkamah menetapkan 15 Mac ini mendengar kes pembelaan. Kesemua tertuduh akan memberi keterangan secara bersumpah.
Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Ng, didakwa terhadap 93 pertuduhan manakala Yee menghadapi 40 pertuduhan sementara Chin 61 pertuduhan dan Liew pula 30 pertuduhan.
Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Public Bank Berhad Cawangan Kuala Lumpur, Tingkat Bawah, Menara Public Bank, 146, Jalan Ampang di sini, antara Julai 2008 dan Jun 2009.
Topic Berkaitan
#Genneva
#Mahkamah Sesyen
#syarikat pelaburan jongkong emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan