awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3 sekeluarga maut kereta bertembung lori pasir

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
02/11/2021
08:41 MYT
3 sekeluarga maut kereta bertembung lori pasir
Semua mangsa yang menaiki kereta itu meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori tidak mengalami kecederaan. - Gambar/ JBPM
KLUANG: Tiga sekeluarga yang dalam perjalanan mengambil ubat maut selepas Perodua Alza dinaiki bertembung sebuah lori pasir di Jalan Johor Kampung Pinggir di sini, hari ini.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Mohd Fauzi Md Nor berkata, dalam kejadian jam 9 pagi itu, pemandu yang maut dikenal pasti sebagai Izzah Shahirah Sahri, 22.
Selain itu, datuknya, Md Salleh Kosran, 75 , dan neneknya, Miskina Naining, 70. Semua mereka meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, mereka sekeluarga dipercayai dalam perjalanan mengambil ubat di Simpang Renggam.
"Terdapat tiga mangsa tersepit di dalam kereta Perodua Alza dan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas.
"Mangsa yang meninggal diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
"Pemandu lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#keluarga
#lori pasir
#Kluang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan