awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

300 pelajar AIU dipindah ke UUM

Astro Awani
Astro Awani
13/04/2014
07:50 MYT
300 pelajar AIU dipindah ke UUM
300 pelajar Universiti Antarabangsa Al-Bukhary (AIU) diterima masuk mengikuti pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.
Semasa mengesahkan perkara itu, Naib Canselornya Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, penerimaan sejumlah pelajar itu menyusul perkembangan AIU yang dinasihatkan tutup atas faktor lemah pengurusan.
Datuk Dr Mohamed dalam mesej ringkasnya kepada Astro AWANI, memaklumkan pihaknya mengambil keputusan itu demi masa depan pengajian pelajar terbabit.
Bagaimanapun, nasib 300 lagi pelajar AIU masih belum dapat dipastikan.
Laporan media sebelum ini menyatakan 600 pelajar terpaksa berpindah ke universiti lain setelah kampus mereka, AIU dinasihatkan tutup oleh Kementerian Pelajaran.
Sebelum ini pelajar AIU membuat pelbagai rungutan mengenai program pengajian dan pengurusan universiti.
Kampus AIU terletak di kawasan seluas 18 hektar di Alor Setar dan bergantung sepenuhnya dengan dana Waqaf.
75 peratus pelajarnya adalah warga asing dari 50 negara.
AIU menawarkan pengajian ijazah dalam bidang perbankan dan kewangan, pentadbiran perniagaan, dan terknolgi maklumat dan sains komputer.
Topic Berkaitan
#Universiti Antarabangsa Al-Bukhary (AIU)
#Universiti Utara Malaysia (UUM)
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan