awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

33,425 kes HFMD dilaporkan sehingga Rabu

Bernama
Bernama
19/07/2018
21:23 MYT
33,425 kes HFMD dilaporkan sehingga Rabu
Dr Noor Hisham mencadangkan kanak-kanak disaring di pintu masuk kelas bagi memastikan tiada tanda jangkitan HFMD. - Gambar hiasan
Sebanyak 33,425 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di seluruh negara sehingga Rabu dengan kebanyakan negeri kecuali Sabah dan Sarawak menunjukkan peningkatan berbanding tahun lepas.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pada minggu ke-29 tahun ini, iaitu sehingga 18 Julai, sebanyak 722 kes dilaporkan dan Selasa lalu, sebanyak 18 premis ditutup melibatkan enam taska dan 12 tadika.
"Ini menjadikan jumlah premis ditutup sehingga kini adalah 419 premis iaitu 198 taska, 197 tadika dan 23 sekolah," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis
HFMD adalah penyakit akibat jangkitan virus, khususnya daripada jenis Coxsackie A16 dan Enterovirus 71 (E71) yang menular melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh dan najis penghidapnya.
Dr Noor Hisham berkata kementeriannya akan terus memantau situasi HFMD dan orang ramai diminta untuk sentiasa mematuhi nasihat yang diberikan oleh pihak berkuasa kesihatan.
"Ibu bapa mahupun pengusaha taska dan tadika perlu membawa anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD dan memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul.
"Jangan bawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat awam kerana boleh merebakkan jangkitan. Amalkan budaya mencuci tangan dengan bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh atau merawat lepuh," katanya.
Mereka turut diingatkan untuk membersihkan peralatan permainan yang digunakan serta lantai rumah dan tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks.
Beliau juga mencadangkan kanak-kanak disaring di pintu masuk kelas bagi memastikan tiada tanda jangkitan HFMD.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#HFMD
#jangkitan
#lampin pakai-buang
#Noor Hisham Abdullah
#penyakit tangan kaki dan mulut
#saringan
#sekolah
#sentuhan
#tadika
#taska
#tutup
#virus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan