awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Tidak ada PRU16 dalam satu, dua bulan ini" - PM Anwar
Misi bantuan Gaza: Pemilihan MB Selangor bantu permudah rundingan dengan Mesir - Anwar
WHO gesa sokongan keihatan segera di kawasan konflik Asia Barat

4 kanak-kanak maut ditikam di pusat asuhan Uganda

Bernama
Bernama
02/04/2026
16:05 MYT
4 kanak-kanak maut ditikam di pusat asuhan Uganda
Penyerang telah menceroboh masuk ke Sekolah Program Pembangunan Awal Kanak-kanak Ggaba di Bahagian Makindye dan melakukan serangan berkenaan. - Gambar hiasan
Empat kanak-kanak maut pada Khamis ditikam di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di ibu negara Uganda, Kampala, menurut pihak polis, lapor Xinhua.
Jurucakap Polis Metropolitan Kampala, Rachael Kawala dalam satu hantaran di platform media sosial X berkata, penyerang telah menceroboh masuk ke Sekolah Program Pembangunan Awal Kanak-kanak Ggaba di Bahagian Makindye dan melakukan serangan berkenaan.
Kawala memaklumkan suspek telah ditangkap dan motif serangan masih dalam siasatan, sambil menambah butiran lanjut akan menyusul kemudian.
Akhbar tempatan, The Daily Monitor memetik saksi yang mendakwa suspek menyamar sebagai seorang bapa untuk masuk ke sekolah berkenaan, bercakap dengan pihak pentadbiran sekolah sebelum mula menyerang kanak-kanak seorang demi seorang.
Penduduk yang berang cuba membelasah suspek, namun polis campur tangan dan berjaya membawa suspek ke dalam trak polis yang sedang menunggu.
Pasukan keselamatan, termasuk anggota polis dan tentera, telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menyuraikan orang ramai.
-- BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#tikam
#pusat asuhan
#Kanak-kanak
#serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.