awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

405,300 liter diesel bersubsidi dirampas di Perak

Bernama
Bernama
09/07/2024
06:32 MYT
405,300 liter diesel bersubsidi dirampas di Perak
Dari Januari hingga Mei tahun ini, sebanyak 119,494 liter diesel dirampas melibatkan nilai RM256,912.10. - Gambar hiasan
IPOH: Sejumlah 405,300 liter diesel bersubsidi bernilai RM871,395 telah dirampas di Perak dari 2023 hingga Mei tahun ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, Hal Ehwal Pengguna dan Kampung Baru Woo Kah Leong berkata dari Januari hingga Mei tahun ini, sebanyak 119,494 liter diesel dirampas melibatkan nilai RM256,912.10.
"Untuk minyak masak bersubsidi, nilai rampasannya ialah RM7,552.60 dari Januari hingga Jun tahun ini. Oleh itu, dapat kita rumuskan bahawa diesel adalah jauh lebih banyak ketirisan sekiranya dibandingkan dengan minyak masak," katanya.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Khalil Yahaya (PN-Kubu Gajah) yang ingin tahu produk mana lebih banyak berlaku ketirisan iaitu sama ada diesel bersubsidi atau minyak masak bersubsidi.
Woo berkata setakat Mei lepas, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak telah melaksanakan 34,580 pemeriksaan dan 76 kes telah dilaporkan dalam usaha memastikan isu penyelewengan serta ketirisan barangan bersubsidi dapat dibendung.
Beliau berkata daripada jumlah itu, 22 kes melibatkan barang kawalan diesel dan 10 melibatkan barang kawalan minyak masak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perak
#subsidi diesel
#rampasan diesel
#DUN Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan