awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

48,935 individu telah lengkapkan dua dos vaksin COVID-19 di Sabah - Masidi

Bernama
Bernama
04/05/2021
21:22 MYT
48,935 individu telah lengkapkan dua dos vaksin COVID-19 di Sabah - Masidi
MASIDI: Seramai 48,935 individu di Sabah telah melengkapkan suntikan dua dos vaksin setakat hari ini (Selasa) menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan peringkat Sabah. -Gambar fail
KOTA KINABALU: Seramai 48,935 individu di Sabah telah melengkapkan suntikan dua dos vaksin setakat hari ini menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan peringkat Sabah, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.
Beliau yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan COVID-19 berkata seramai 72,004 individu telah menerima suntikan dos pertama.
"Sementara bilangan pendaftaran penerima vaksin yang direkodkan hari ini adalah sejumlah 2,762 menjadikan jumlah kumulatif yang mendaftar setakat ini sebanyak 469,318," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Mengenai perkembangan COVID-19 di Sabah, Masidi berkata, sebanyak 89 kes baharu positif direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif wabak itu di negeri ini sebanyak 58,461 kes.
Seramai 109 pesakit COVID-19 telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah kumulatif pesakit sembuh di Sabah seramai 57,173 orang, katanya.
Sementara itu, Masidi berkata, setakat hari ini, sejumlah 318,760 bakul makanan telah diagihkan kepada golongan yang terkesan di bawah Program Bantuan Prihatin COVID-19 2.0.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#vaksin
#COVID-19
#Masidi Manjun
#Sabah
#suntikan dua dos
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan