awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bomba selamat 2 beradik terperangkap dalam kebakaran rumah
[KOLUMNIS] RPTM 2026–2035 menuntut anjakan paradigma institusi
Kerjasama strategik perkukuh hubungan akademik Malaysia-Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

500 ahli Bersatu Perak umum keluar parti

Astro AWANI
Astro AWANI
14/03/2026
03:47 MYT
500 ahli Bersatu Perak umum keluar parti
Sebahagian daripada 500 ahli di beberapa Bahagian Bersatu di Perak umum meninggalkan parti itu pada Jumaat. - Foto Sinar Harian
Gelombang keluar parti terus melanda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) apabila 500 ahli di beberapa bahagian di Perak mengumumkan meninggalkan parti itu pada Jumaat.
Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, pengumuman itu dibuat secara beramai-ramai dengan sebahagian besar melibatkan ahli di Bahagian Lumut.
Menurutnya, majoriti yang mengumumkan keluar parti itu merupakan kumpulan teras yang sebelum ini aktif menggerakkan parti di peringkat akar umbi.
"Sebelum ini kita telah mengenal pasti kira-kira 300 ahli Bahagian Lumut bersetuju meninggalkan Bersatu, dengan pengumpulan tandatangan dilakukan sejak awal Mac.
“Kalau ikut jumlah keahlian, Lumut ada lebih 2,000 ahli. Tetapi dalam parti politik biasanya hanya sekitar 10 hingga 30 peratus yang benar-benar aktif. Yang kita bawa hari ini adalah kumpulan teras yang dahulu menggerakkan parti di peringkat bahagian,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Program Reset Perak di Dewan Komuniti Fasa 2C, Seri Manjung, di sini pada Jumaat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik itu menegaskan bahawa tindakan keluar parti bukan hasil paksaan atau usaha mempengaruhi ahli lain, sebaliknya keputusan sukarela daripada mereka sendiri.
Pada masa sama, beliau memaklumkan bahawa Sekretariat Reset Perak kini telah membentuk struktur organisasi di 18 daripada 24 bahagian di negeri itu sebagai persediaan menghadapi perkembangan politik seterusnya.
Katanya, struktur tersebut melibatkan kepimpinan di semua peringkat termasuk sayap wanita dan pemuda yang disusun oleh bekas pemimpin bahagian Bersatu.
“Daripada 24 bahagian di Perak, kita sudah ada struktur di 18 bahagian dan mereka bersedia apabila ‘rumah baharu’ yang diumumkan nanti sudah siap,” katanya.
Mengulas lanjut, Zainol Fadzi berkata, perkembangan itu menunjukkan sokongan di peringkat akar umbi semakin berubah dan tidak lagi bergantung kepada kedudukan kepimpinan semata-mata. - Sinar Harian
https://www.sinarharian.com.my/article/771720/berita/politik/500-ahli-bersatu-perak-umum-keluar-parti
Topic Berkaitan
#Bersatu
#Perak
#keluar parti
#Zainol Fadzi Paharudin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan