awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

51 kes cubaan bunuh diri berjaya diselamatkan sejak Okt 2022 - Lukanisman

Astro Awani
Astro Awani
18/03/2023
06:54 MYT
51 kes cubaan bunuh diri berjaya diselamatkan sejak Okt 2022 - Lukanisman
Lukanisman menjelaskan sejak talian itu diperkenalkan pada Oktober 2022, sebanyak 8,904 panggilan diterima. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Talian Bantuan Sokongan Psikososial berjaya menyelamatkan sebanyak 51 kes cubaan bunuh diri dan dirujuk ke hospital.
Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni menjelaskan sejak talian itu diperkenalkan pada Oktober 2022, sebanyak 8,904 panggilan diterima.
Jelas beliau, daripada jumlah itu, pihaknya mengenal pasti sebanyak 97 pemanggil itu mempunyai tingkah laku untuk membunuh diri.
"Maksudnya sepanjang perbualan telefon dengan pegawai kaunseling, mereka (pemanggil) menyatakan rasa tertekan dan juga mempunyai simptom untuk cubaan membunuh diri.
"Kita (KKM) berjaya menyelamatkan seramai 51 individu dan mereka ini semua dirujuk ke hospital untuk tindakan lebih lanjut.
"Jadi kita sedang berusaha mempromosikan kepada umum Talian Bantuan Sokongan Psikososial ini," katanya selepas melancarkan program Myhealthymind@PPR pada Sabtu.
Lukanisman berharap semua pihak terutama pempengaruh media sosial membantu mempromosikan Talian Bantuan Sokongan Psikososial ini.
Program ini merupakan inisiatif bagi memberi kesedaran kepada penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) berkenaan kesejahteraan kesihatan minda.
Selain itu, program ini juga bagi memupuk kesedaran masyarakat khususnya yang tinggal di PPR berkenaan kesihatan mental dan mengurangkan stigma masyarakat terhadap kesihatan mental.
Ia juga bertujuan menggalakkan masyarakat untuk mendapatkan sokongan dan bantuan berkaitan kesihatan mental daripada saluran-saluran yang betul.
Topic Berkaitan
#KKM
#Talian Bantuan Sokongan Psikososial
#Lukanisman Awang Sauni
#bunuh diri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan