awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

53.8 peratus petugas kesihatan alami 'burnout' berkaitan hal peribadi - KP Kesihatan

Astro Awani
Astro Awani
27/06/2021
13:02 MYT
53.8 peratus petugas kesihatan alami 'burnout' berkaitan hal peribadi - KP Kesihatan
Antara faktor yang mencetus situasi burnout dalam kalangan petugas kesihatan adalah bebanan tugas yang tinggi dan ketidakpastian tempoh pandemik yang panjang. - Gambar/ Facebook SPJ Malaysia
KUALA LUMPUR: Kajian ke atas 893 petugas kesihatan mendapati 53.8 peratus mengalami keletihan fizikal dan mental atau burnout berkaitan hal peribadi manakala 39.1 peratus disebabkan pekerjaan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bagi kategori peribadi, pegawai farmasi dan petugas kesihatan di peringkat daerah adalah kumpulan paling tinggi mengalami situasi berkenaan.
Sementara itu, bagi burnout berkaitan pekerjaan, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) dan petugas di makmal mencatatkan peratusan tertinggi.
Dalam masa sama, 17.4 peratus mengalami burnout berkaitan dengan pesakit, melibatkan paramedik dan petugas kesihatan di hospital swasta.
Kajian itu dijalankan Roslan N.S. et. al. (2021) ke atas 893 petugas kesihatan mengenai “Prevalen dan Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Burnout dalam Kalangan Petugas Barisan Hadapan di Malaysia Semasa Pandemik COVID-19”.
"Kebanyakannya merasakan bahawa mereka tidak mendapat sokongan psikososial yang mencukupi di tempat kerja," kata Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan pada Ahad.
BACA: COVID-19: Kes baharu masih melebihi 5,000
BACA: COVID-19: 17 lagi kluster baharu dikenal pasti, 9 babit tempat kerja
Antara faktor yang mencetus situasi burnout dalam kalangan petugas kesihatan adalah bebanan tugas yang tinggi, ketidakpastian tempoh pandemik yang panjang, pertukaran dan proses adaptasi terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang pelbagai, rancangan kerjaya terganggu dan kesulitan mengimbangkan keluarga dan kerjaya.
Menyedari situasi yang meruncing ini, beberapa inisiatif telah diwujudkan oleh KKM dalam menangani gejala tekanan yang melampau, khususnya bagi kakitangan kesihatan dan petugas barisan hadapan dalam tempoh pandemik ini.
Antaranya ialah:
• Petugas kesihatan yang terlibat dalam pengendalian wabak COVID-19 diberikan cuti tanpa rekod dengan persetujuan Ketua Jabatan;
• Sesi debriefing diberikan kepada petugas setelah selesai tugasan di lapangan;
• Mengamalkan konsep pusingan kerja (Job Rotation);
• Menempatkan pasukan MHPSS di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) seperti di PKRC MAEPS untuk memberikan perkhidmatan kaunseling dan intervensi psikososial kepada kakitangan dan pesakit.
Topic Berkaitan
#Noor Hisham Abdullah
#Dr Noor Hisham Abdullah
#SOP
#KKM
#Malaysia
#COVID-19
#pandemik
#PKRC
#petugas kesihatan
#petugas barisan hadapan
#burnout
#Kajian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan