awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FBI sebar imej individu bertopeng dalam siasatan kehilangan ibu Savannah Guthrie
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Atlet biathlon Norway raih gangsa, akui curang secara langsung di TV
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang

Astro Awani
Astro Awani
10/02/2026
05:00 MYT
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Isu pertindihan hak minyak dan gas antara kerangka persekutuan dan negeri kini dirujuk ke mahkamah bagi mendapatkan kejelasan perundangan.
Kuala Lumpur: Tindakan Petronas merujuk isu pertindihan hak dan peranan operasi kepada mahkamah wajar dilihat sebagai langkah mendapatkan kepastian institusi bukan tindakan korporat yang bersifat konfrontasi, menurut pemerhati industri tenaga ketika ketegangan mengenai hak minyak dan gas semakin memuncak.
Bekas Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Abd Halim Husin menyifatkan Petronas sebagai pihak yang terperangkap dalam pertindihan kerangka undang-undang.
Beliau berkata, Petronas ialah “mangsa keadaan, bukan perancang politik” dan menegaskan wujud salah tanggapan bahawa isu itu adalah persaingan korporat antara Petronas dan Petros.
“Ini bukan pertarungan antara dua syarikat, tetapi konflik struktur antara undang-undang Persekutuan dan negeri,” katanya.
Ahli ekonomi dan penganalisis dasar, Samirul Ariff Othman pula berpandangan, tindakan mahkamah itu bukan gimik politik untuk menyekat agenda pembangunan Sarawak.
“Permohonan Petronas bertujuan mendapatkan kepastian institusi, bukan mencetuskan pertembungan politik,” katanya.
Samirul menambah, tindakan tersebut perlu dibaca dalam konteks memastikan sebarang pengaturan ekonomi dan komersial kekal kukuh.
“Ia bukan gangguan kepada pengaturan ekonomi, tetapi usaha menjelaskan seni bina perundangan supaya pengaturan itu kekal bankable, investable dan durable,” katanya.
Kebelakangan ini, beberapa pemimpin Sarawak mempersoalkan sama ada langkah Petronas mendapatkan penjelasan mahkamah dibuat dengan persetujuan kerajaan Persekutuan, selain ada yang mengaitkannya dengan semangat Deklarasi Bersama yang ditandatangani pada Mei 2025 dan kerangka Perjanjian Malaysia 1963.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagaimanapun menyifatkan tindakan tersebut sebagai perkara “rutin” dan menggesa semua pihak menghormati kedaulatan undang-undang.
Samirul berkata, reaksi awam yang lebih tegas mencerminkan sentimen di peringkat akar umbi, namun mengingatkan bahawa peningkatan retorik berisiko merumitkan rundingan.
“Isunya bukan menafikan hak atau aspirasi Sarawak, tetapi bagaimana ia paling baik dijamin,” katanya.
Beliau menegaskan, nada yang semakin keras mungkin memberi kepuasan jangka pendek, tetapi membawa implikasi ekonomi.
“Peningkatan ketegangan mungkin terasa melegakan. Tetapi ia merugikan dari segi ekonomi. Rundingan tenaga tidak dimenangi melalui slogan ia diselesaikan melalui struktur, perkongsian risiko dan kejelasan undang-undang,” katanya.
Lebih membimbangkan, Samirul berkata, eskalasi boleh mengecilkan ruang kompromi kerana setiap pihak perlu membawa pulang hasil rundingan kepada penyokong masing-masing.
“Apabila satu pihak ‘dikriminalkan’ secara terbuka, sebarang tolak ansur menjadi toksik dari segi politik. Konsesi mudah dianggap menyerah kalah,” kata beliau lagi.
Beliau turut memetik rekod yang menunjukkan rundingan masih berjalan, termasuk pengaturan sementara, penyelesaian komersial dan perbincangan regulatori yang menurutnya tidak mencerminkan sikap enggan menghormati Deklarasi Bersama atau aspirasi pembangunan Sarawak.
Sementara itu, Halim menegaskan, ketidaktentuan berpanjangan boleh memberi kesan besar kepada ekonomi kerana industri petroleum bukan sektor biasa, ia melibatkan pelaburan berbilion ringgit, kontrak jangka panjang dan keyakinan pelabur antarabangsa.
“Apabila persoalan asas seperti ‘siapa yang berkuasa’ tidak jelas, pelabur akan menangguhkan keputusan, menaikkan premium risiko atau memindahkan pelaburan ke negara lain,” katanya.
Beliau menambah, kerugian bukan hanya ditanggung Petronas atau Petros, malah turut menjejaskan ekonomi negara dan hasil kerajaan dalam jangka panjang.
Topic Berkaitan
#Petronas
#Petros
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan