awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

57 kemalangan maut seluruh negara dalam masa empat hari

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
22/01/2020
16:29 MYT
57 kemalangan maut seluruh negara dalam masa empat hari
Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan (kiri) menyerahkan bahan kempen Keselamatan Pemanduan kepada pengguna jalan raya pada Majlis Pelancaran Op Selamat Tahun Baru Cina di hadapan Balai Polis Bukit Yong pada 20 Jan, 2020. - Foto BERNAMA
Sebanyak 57 kemalangan maut direkodkan dalam tempoh empat hari Op Selamat 16 sempena perayaan Tahun Baharu Cina sejak Sabtu hingga Rabu.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata, kematian tertinggi membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal sebanyak 40 kes.
“Statistik juga merekodkan 17 kes kecederaan parah manakala 67 kecederaan ringan.
“Kemalangan maut paling banyak direkodkan di Selangor dan Johor iaitu masing-masing 16 dan 11 kes manakala sembilan kes kemalangan maut di Kedah,” katanya dalam kenyataan media, pada Rabu.
Azisman berkata, sebanyak 6,689 kemalangan direkodkan dalam tempoh empat hari itu dengan Selangor menyumbang kes kemalangan tertinggi iaitu 2,119 manakala Johor (1,070) dan Kuala Lumpur (763).
“Polis turut mengeluarkan 96,477 saman. Daripada jumlah itu, 59,552 saman atau 61.7 peratus membabitkan enam kesalahan utama.
“Enam kesalahan itu ialah menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tidak mematuhi lampu isyarat, memandu melebihi had laju, menggunakan lorong kecemasan, memotong barisan dan garis berkembar,” jelasnya.
Op Selamat 16 yang dilancarkan sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan berlangsung sehingga 2 Februari ini.
Topic Berkaitan
#Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik
#kemalangan maut
#Op Selamat
#penunggang motosikal
#Tahun Baharu Cina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan