awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

6 NGO mahu Perancis siasat Suaram berhubung Scorpene

Bernama
Bernama
06/11/2012
23:55 MYT
6 NGO mahu Perancis siasat Suaram berhubung Scorpene
Enam badan bukan kerajaan (NGO) hari Khamis menggesa kerajaan Perancis menjalankan siasatan terhadap Suara Rakyat Malaysia (Suaram) kerana 'secara salah' membuat laporan pada 2009 mengenai pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia.
Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia (YMJC), Dzulkarnain Taib berkata NGO itu telah menyerahkan memorandum bersama kepada Duta Besar Perancis ke Malaysia, Martine Dorance pada Selasa.
Selain YMJC, memorandum itu juga ditandatangani antara lain Perkasa, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, dan Lembaga Perlindungan Konsumerism Malaysia.
Beliau berkata memorandum itu menuntut kerajaan Perancis menyiasat Suaram yang bertindak sebagai 'organisasi palsu' bukan kerajaan yang telah memanipulasi sistem keadilan Perancis dalam siasatan Scorpene.
Tindakan Suaram itu boleh mengancam hubungan yang telah wujud lama antara Malaysia dan Perancis, katanya.
Dzulkarnain mendakwa Suaram berniat buruk dengan mendakwa dirinya sebagai wakil sah rakyat Malaysia dan secara salah menggunakan sandiwara ini untuk memperdaya mahkamah Perancis hingga dilantik sebagai plaintif dalam isu Scorpene.
Topic Berkaitan
#NGO
#Perancis
#Scorpene
#SUARAM
#YMJC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan