awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

674,862 individu terima dua dos vaksin setakat semalam - Dr Adham

Bernama
Bernama
09/05/2021
14:01 MYT
674,862 individu terima dua dos vaksin setakat semalam - Dr Adham
Menurut infografik dikongsikan beliau, lima negeri yang menerima suntikan dos pertama tertinggi ialah Selangor dengan 146,731 dos, Sarawak (109,106), Kuala Lumpur (108,617), Perak (96,296) dan Johor (90,252). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sejumlah 674,862 individu telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Menerusi akaun Twitternya hari ini, beliau berkata angka itu adalah sebahagian daripada 1,079,294 individu yang telah menerima dos pertama, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini sebanyak 1,754,156 dos setakat semalam.
Menurut infografik dikongsikan beliau, lima negeri yang menerima suntikan dos pertama tertinggi ialah Selangor dengan 146,731 dos, Sarawak (109,106), Kuala Lumpur (108,617), Perak (96,296) dan Johor (90,252).
Setakat semalam, 41 peratus atau 9,954,137 individu telah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin dengan Selangor mencatat jumlah pendaftaran tertinggi berjumlah 2,558,679 individu.
Mengikut perancangan program imunisasi berkenaan, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April lepas melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.
Fasa kedua bermula pada April hingga Ogos ini pula membabitkan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan orang kurang upaya, manakala fasa ketiga yang dijadual pada Mei tahun ini hingga Februari 2022, melibatkan individu 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih.
Jumlah pemberian vaksin COVID-19 setakat 8 Mei 2021 - 1,754,156 dos Jumlah yg telah menerima dos pertama - 1,079,294 orang. Daripada jumlah itu, 674,862 orang telah menerima dos kedua. Jumlah pendaftaran - 9,954,137 Daftar di MySejahtera, https://t.co/jWUzMEwwWM Tel 1800888828 pic.twitter.com/7oCf6KZzGw
— Dr Adham Baba (@DrAdhamBaba) May 9, 2021
Topic Berkaitan
#Dr Adham Baba
#vaksin
#program vaksinasi
#Menteri Kesihatan
#penerima
#dos
#kedua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan