awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

685 individu ditahan, sembilan direman ingkar PKP - Ismail Sabri

Hilmi Malik
Hilmi Malik
25/05/2021
12:35 MYT
685 individu ditahan, sembilan direman ingkar PKP - Ismail Sabri
Antara kesalahan yang dikesan termasuk tidak memakai pelitup muka, gagal daftar masuk premis, dan cubaan rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR : Polis menahan seramai 694 individu atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) pada Isnin.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 685 individu dikompaun manakala sembilan lagi direman.
“Antara kesalahan yang dikesan termasuk tidak memakai pelitup muka, gagal daftar masuk premis dan cubaan rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Mengenai kawalan Op Benteng, seramai lima orang pendatang asing tanpa izin (PATI) telah ditahan serta merampas dua buah kenderaan darat.
Beliau turut memaklumkan, setakat ini, seramai 211,339 individu telah pulang ke tanah air dan daripada jumlah itu, 8,174 individu telah diarah menjalani kuarantin.
Dalam pada itu, Ismail Sabri turut memberitahu, setakat semalam, sejumlah 198 warga asing telah menjalani ujian saringan bagaimanapun tiada sebarang kes positif dilaporkan.
Topic Berkaitan
#SOP
#polis
#pati
#PKP
#rentas negeri
#pelitup muka
#warga asing
#ismail sabri yaakob
#PKP3 0
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan