awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

7 maut dalam runtuhan tapak pelupusan sampah Bantargebang, operasi mencari ditamatkan

Astro AWANI
Astro AWANI
10/03/2026
02:16 MYT
7 maut dalam runtuhan tapak pelupusan sampah Bantargebang, operasi mencari ditamatkan
Kesemua mangsa yang maut terdiri daripada pemandu lori sampah dan pemilik gerai makanan yang mencari rezeki di sekitar tapak pelupusan tersebut. - Foto AP
Pihak berkuasa Indonesia menamatkan operasi mencari dan menyelamat selepas mengesahkan semua individu yang berada di lokasi runtuhan gunungan sampah di tapak pelupusan Bantargebang, Bekasi, telah dikenal pasti, dengan tujuh disahkan maut.
Insiden pada Ahad itu berlaku apabila timbunan sampah setinggi puluhan meter runtuh selepas hujan lebat berterusan, menghempap pekerja dan peniaga kecil yang berada di kawasan terbabit.
Bantargebang merupakan tapak pelupusan terbesar di Indonesia, yang menampung 6,500 hingga 7,000 tan sampah setiap hari.
Menurut Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat tempatan, Desiana Kartika Bahari, operasi ditamatkan selepas pasukan penyelamat menemukan mangsa terakhir yang tertimbus.
“Kami menerima maklumat daripada pihak polis bahawa dua individu yang sebelum ini dilaporkan hilang sebenarnya selamat dan telah pulang ke rumah,” katanya.
Bahari berkata, kesemua mangsa yang maut terdiri daripada pemandu lori sampah dan pemilik gerai makanan yang mencari rezeki di sekitar tapak pelupusan tersebut.
Seramai enam mangsa terselamat dalam kejadian tragik itu.
Lebih 200 anggota penyelamat, termasuk penggunaan jentolak dan drone haba, dikerahkan sepanjang operasi bagi menjejaki mangsa yang tertimbus.
Kejadian ini menimbulkan semula persoalan mengenai keselamatan dan pengurusan sisa di kawasan metropolitan Jakarta, yang bergantung kepada tapak pelupusan Bantargebang untuk sebahagian besar pembuangan sampah harian.
Topic Berkaitan
#runtuhan gunungan sampah
#Tapak Pelupusan
#Bantargebang
#operasi mencari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan