awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat Pencarian juruterbang jet pejuang yang hilang ujian terbesar buat Amerika
Konflik Asia Barat: Suku kaum Iran cari juruterbang jet pejuang Amerika yang hilang di kawasan terpencil
Dua pelajar IPG lemas berkayak di Pantai Merdeka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

70,122 talian prabayar disalahgunakan ditamatkan pada 2025 – Teo

Astro AWANI
Astro AWANI
07/03/2026
12:09 MYT
70,122 talian prabayar disalahgunakan ditamatkan pada 2025 – Teo
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata peningkatan itu menunjukkan penyalahgunaan talian kad SIM prabayar masih berleluasa dan memerlukan kawal selia lebih ketat. - Foto BERNAMA
Sebanyak 70,122 talian kad SIM prabayar yang disyaki disalahgunakan untuk menghantar mesej mencurigakan telah ditamatkan pada 2025, meningkat hampir 10 kali ganda berbanding 7,409 talian pada 2024.
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata peningkatan itu menunjukkan penyalahgunaan talian kad SIM prabayar masih berleluasa dan memerlukan kawal selia lebih ketat.
“Apabila kita mendapati semakin banyak talian disalahgunakan, kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengemas kini garis panduan bagi pembelian dan pendaftaran kad SIM prabayar,” katanya ketika ditemui selepas program Kempen Internet Selamat di Bazar Ramadan Temenggong Kulai, di sini hari ini.
Beliau berkata antara langkah baharu yang diambil ialah mengehadkan pembelian kad SIM prabayar oleh pelancong asing kepada dua kad bagi setiap syarikat telekomunikasi, berbanding lima sebelum ini.
Selain itu, semua kad SIM prabayar yang didaftarkan oleh pelancong akan ditamatkan secara automatik selepas tiga bulan bagi mengurangkan risiko disalahgunakan untuk aktiviti penipuan.
Teo berkata pendaftaran kad SIM perlu menggunakan dokumen pengenalan asal seperti kad pengenalan atau pasport, selain boleh menggunakan MyDigital ID atau pengesahan biometrik.
Langkah itu juga, katanya, mengekang amalan segelintir pengedar menggunakan fotokopi dokumen untuk mendaftarkan kad SIM tanpa kehadiran pemilik sebenar.
Beliau berkata tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mana-mana syarikat telekomunikasi atau pengedar yang gagal mematuhi garis panduan ditetapkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SIM prabayar
#MCMC
#disalahgunakan
#Teo Nie Ching
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan