awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

72 kampung Orang Asli diwartakan di Perak setakat ini - Exco

Bernama
Bernama
29/11/2024
13:15 MYT
72 kampung Orang Asli diwartakan di Perak setakat ini - Exco
Mohd Zolkafly berkata sebanyak 257 KOA di Perak telah diiktiraf oleh JAKOA, dan 30 KOA lain telah menerima kelulusan daripada MMK negeri Perak untuk pewartaan. - Gambar Bernama
IPOH: Sebanyak 72 pewartaan kawasan yang melibatkan 99 Kampung Orang Asli (KOA) telah diwartakan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di Perak setakat ini, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu, hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata pewartaan ini merupakan langkah penting dalam usaha mengiktiraf dan melindungi tanah yang didiami oleh masyarakat Orang Asli di negeri ini.
Beliau berkata sebanyak 257 KOA di Perak telah diiktiraf oleh JAKOA, dan 30 KOA lain telah menerima kelulusan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri Perak untuk pewartaan.
"Baki 128 KOA lagi masih dalam proses permohonan oleh JAKOA kepada Kerajaan Perak melalui Pejabat Tanah Daerah dan Pejabat Tanah dan Galian Negeri," katanya pada sesi soal jawab persidangan DUN Perak di sini.
Mohd Zolkafly (BN-Lintang) menjawab soalan Muhammad Zulfadli Zainal (PN-Slim) sama ada kerajaan telah mewartakan seluruh perkampungan Orang Asli di setiap negeri sebagai kawasan penempatan rasmi mereka.
Selain itu, beliau berkata Perak merupakan negeri yang paling banyak mewartakan tanah, dengan jumlah 33,046.613 ekar (13373.48 hektar), sekali gus membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam menyediakan sumber tanah untuk pembangunan kegiatan ekonomi dan sosial yang memberi manfaat kepada masyarakat Orang Asli.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Orang Asli
#JAKOA
#kegiatan ekonomi
#langkah penting
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan