awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

787 calon SPM 2021 di Perak peroleh semua A

Aida Aziz
Aida Aziz
16/06/2022
04:06 MYT
787 calon SPM 2021 di Perak peroleh semua A
Rahimah berkata, secara keseluruhannya, seramai 28,817 orang calon menduduki peperiksaan SPM di Perak pada 2021. - Foto Astro AWANI
IPOH: Seramai 787 atau 2.73 peratus calon di Perak mendapat keputusan A dalam semua mata pelajaran bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021 yang diumumkan hari ini.
Pada masa sama, 17 orang calon memperoleh A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil, kata Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran, Rahimah Mohamed.
"Secara keseluruhannya, seramai 28,817 orang calon menduduki peperiksaan SPM di negeri ini pada 2021.
"Indeks gred purata negeri (GPN) bagi SPM negeri Perak tahun 2021 ialah 4.96," katanya pada sidang media di Jabatan Pendidikan Negeri Perak, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Rahimah berkata gred purata daerah iaitu Batang Padang (5.05), Manjung (5.28), Kinta Utara (4.78), Kerian (4.79), Kuala Kangsar (4.93), Hilir Perak (5.14), Larut Matang dan Selama (5.07), Hulu Perak (5.32), Perak Tengah (4.75), Kinta Selatan (5.11) dan Bagan Datuk (4.71).
Katanya, seramai 102 Calon Berkeperluan Khas (CBK) menduduki peperiksaan SPM.
Daripada jumlah itu seramai dua orang pelajar lelaki, masing-masing dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Ipoh dan SMK Panglima Bukit Gantang, Parit Buntar memperoleh keputusan semua A.
Topic Berkaitan
#SPM 2021
#calon
#Sijil Pelajaran Malaysia
#peperiksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan