awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

8,000 akaun pengguna di Terengganu terjejas bekalan air

Sharom Abu Bakar
Sharom Abu Bakar
04/06/2019
01:44 MYT
8,000 akaun pengguna di Terengganu terjejas bekalan air
Gangguan itu melibatkan daerah Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Setiu dan Besut.
Hampir 8,000 akaun pengguna Syarikat Air Terengganu (SATU) membabitkan lima daerah di negeri itu dijangka mengalami gangguan bekalan air semasa Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif, Atemin Sulong berkata gangguan itu melibatkan daerah Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Setiu dan Besut.
Menurut Atemin, gangguan bekalan itu berikutan penggunaan air yang meningkat 30 peratus berbanding biasa disebabkan kepulangan perantau selain cuti persekolahan.
“Air akan dicatu di kawasan terlibat dari jam 11 malam hingga 4 pagi,” jelasnya.
Antara kampung yang terjejas gangguan bekalan air di Kuala Terengganu adalah di Kampung Kubang Bujuk, Pengkalan Binjal Bukit Petiti, Kampung Kesom dan Kampung Banggol Peradong
Di Marang, antara kampung yang terjejas adalah Kampung Gong Kasim dan Pengkalan Berangan.
Hulu Terengganu pula di Kampung Kuala Telemong dan Kampung Chepoh manakala di Besut, antara kampun yang terjejas adalah Kampung Seberang Jertih dan Taman Saujana.
Di Setiu, kampung yang terjejas termasuk Kampung Bintang dan Bukit Grebar.
Menurut Atemin, pihaknya akan menghantar air ke kawasan kritikal menggunakan lori tangka.
Beliau turut menasihatkan pengguna supaya berjimat cermat serta menyimpan air secukupnya bagi menampung penggunaan di waktu puncak.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Atemin Sulong
#gangguan bekalan air
#hari raya
#SATU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan