awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

801 individu ditahan terlibat kes perjudian di Kedah

Bernama
Bernama
09/05/2022
10:46 MYT
801 individu ditahan terlibat kes perjudian di Kedah
Ketua Polis Kedah CP Wan Hassan Wan Ahmad berkata kesemua mereka ditahan menerusi 707 serbuan yang dilaksanakan menerusi operasi khas perjudian. - Gambar fail
ALOR SETAR: Seramai 801 individu ditahan kerana terlibat dalam kegiatan perjudian di negeri ini bagi tempoh 1 Jan tahun ini hingga Sabtu lepas.
Ketua Polis Kedah CP Wan Hassan Wan Ahmad berkata kesemua mereka ditahan menerusi 707 serbuan yang dilaksanakan menerusi operasi khas perjudian.
"Dalam kesemua operasi itu polis telah merampas sebanyak 478 alat peranti berupa telefon bimbit, komputer serta wang tunai berjumlah RM139,922," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya kesemua kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) dan Seksyen 4A(a), Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Bagi operasi pembanterasan aktiviti maksiat dan hiburan pula, sebanyak 27 serbuan telah dilakukan dengan seramai 30 individu ditahan atas pelbagai kesalahan antaranya pelacuran dan menjalankan perniagaan tanpa lesen hiburan yang sah.
Sementara itu, Wan Hassan berkata bagi tempoh sama sebanyak tujuh serbuan turut dilakukan melibatkan kes di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
"Seramai tujuh tekong darat atau 'transporter' telah ditahan manakala tangkapan pendatang tanpa izin adalah seramai 113 orang. Sebahagian mereka dituduh mengikut Seksyen 26A Akta ATIPSOM 2007 manakala seramai 100 pendatang tanpa izin dituduh di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963," katanya.
Katanya, pihak polis akan terus mengambil tindakan proaktif bagi memastikan kesemua aktiviti perjudian, maksiat serta pemerdagangan orang dan penyeludupan migran di negeri ini dapat dibanteras.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perjudian
#Kedah
#ditahan
#operasi khas perjudian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan