awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

879,384 individu lengkapkan dua dos vaksin COVID-19 setakat semalam

Bernama
Bernama
24/05/2021
14:54 MYT
879,384 individu lengkapkan dua dos vaksin COVID-19 setakat semalam
Seramai 879,384 individu telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 879,384 individu telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Menerusi akaun Twitternya hari ini, Dr Adham berkata seramai 1,509,103 individu pula telah menerima dos pertama sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini adalah 2,388,487 dos setakat semalam.
Dr Adham berkata lima negeri yang lengkap menerima kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 117,920 dos diikuti Sarawak (90,741), Kuala Lumpur (88,091), Johor (80,519) dan Perak (71,984).
Setakat semalam, 44.10 peratus atau 10,703,736 individu telah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin dengan Selangor terus mencatat jumlah pendaftaran tertinggi berjumlah 2,797,596 orang.
Mengikut perancangan program imunisasi itu, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April lepas melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.
Fasa kedua bermula April hingga Ogos ini pula membabitkan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan orang kurang upaya manakala fasa ketiga yang dijadual pada Mei tahun ini hingga Februari 2022, melibatkan individu 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#vaksin
#dua dos
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#PICK
#Menteri Kesihatan
#Dr Adham Baba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan