awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MTDC perkenal SemiconStart Malaysia, sasar 10 syarikat pemula tempatan
Serangan ke atas kemudahan kesihatan Lubnan mesti dihentikan - WHO
Konflik Asia Barat: Thailand catat aliran keluar modal asing paling besar sejak 2024
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

9 maut akibat cacar monyet di Sindh, Pakistan ketika kes meningkat kepada 25

Bernama
Bernama
15/04/2026
17:34 MYT
9 maut akibat cacar monyet di Sindh, Pakistan ketika kes meningkat kepada 25
Menurut angka rasmi, sebanyak 122 kes disyaki telah dilaporkan, menunjukkan penularan berterusan virus itu di beberapa bahagian wilayah berkenaan. - Foto fail/REUTERS

Sekurang-kurangnya sembilan orang maut akibat cacar monyet di wilayah Sindh, selatan Pakistan, dengan 25 kes disahkan setakat tahun ini, menurut jabatan kesihatan wilayah itu pada Selasa, lapor Xinhua.

Menurut angka rasmi, sebanyak 122 kes disyaki telah dilaporkan, menunjukkan penularan berterusan virus itu di beberapa bahagian wilayah berkenaan.

Pihak berkuasa kesihatan berkata daerah Khairpur kekal sebagai kawasan paling terjejas dengan 18 kes disahkan, diikuti Sukkur dengan tiga kes dan Karachi dengan empat kes.

Pegawai berkata situasi itu sedang dipantau rapi sambil menggesa orang ramai mendapatkan rawatan perubatan segera sekiranya mengalami simptom serta mematuhi langkah berjaga-jaga bagi mengehadkan penularan.

-- BERNAMA-XINHUA

Topic Berkaitan
#cacar monyet
#Pakistan
#angka korban
#virus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan