awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

90 kes jenayah seksual direkod di Kelantan dalam tempoh empat bulan

Bernama
Bernama
30/04/2024
13:00 MYT
90 kes jenayah seksual direkod di Kelantan dalam tempoh empat bulan
Polis Kelantan merekodkan 90 kes jenayah seksual di negeri itu dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini. - Gambar hiasan
PASIR PUTEH: Polis Kelantan merekodkan 90 kes jenayah seksual di negeri itu dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata ia melibatkan 49 kes rogol, Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak (26), liwat/luar tabii (enam), mengedar gambar lucah (lima) dan menunjukkan isyarat lucah (empat).
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Cinta dan Air Mata Peringkat Kebangsaan di Jeram Mengaji di sini hari ini.
Program selama tiga hari bermula Ahad lepas itu melibatkan penyertaan 100 peserta terdiri dalam kalangan pemimpin pelajar dan ahli pembimbing rakan sebaya dari politeknik dan kolej komuniti seluruh negara.
Muhamad Zaki berkata program berkenaan merupakan platform terbaik untuk memberikan kesedaran dan pengetahuan kepada peserta dalam usaha memastikan negara bebas daripada masalah dadah dan sosial remaja.
Sementara itu Muhamad Zaki dalam satu kenyataan menafikan berlaku rampasan dan cubaan kemasukan dadah jenis Fentanyl di Kelantan seperti dilaporkan media semalam.
Menurutnya perwakilan Parlimen Thailand mengadakan satu perjumpaan bersama polis Kontinjen Kelantan pada Jumaat lepas dan membincangkan beberapa isu jenayah rentas sempadan termasuk isu dadah Fentanyl.
"Pihak perwakilan Parlimen Thailand memaklumkan terdapat cubaan masuk dadah jenis Fentanyl di sempadan Myanmar-Thailand," katanya.
Bagaimanapun Muhamad Zaki berkata pihaknya mengambil tindakan proaktif termasuk meningkatkan risikan dan kawalan di sempadan dalam usaha menghalang kemasukan dadah itu yang mempunyai kesan 100 kali lebih kuat daripada heroin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Polis Kelantan
#kes jenayah seksual
#gambar lucah
#kes rogol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan