awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
China terbit kertas dasar keselamatan negara Hong Kong selepas hukuman penjara Jimmy Lai
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

92 pekerja MCKIP keracunan makanan

Sinar Harian
Sinar Harian
29/01/2022
21:15 MYT
92 pekerja MCKIP keracunan makanan
Dr Nor Azimi berkata, daripada jumlah itu, seramai 68 orang mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan. -Foto Sinar Harian
KUANTAN: Seramai 92 pekerja di Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) di Gebeng keracunan makanan selepas menikmati makanan di kantin, pada Sabtu.
Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, daripada jumlah itu, seramai 68 orang mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.
Menurutnya, empat orang dirawat di Hospital Pakar KPJ, 13 orang di Kuantan Medical Centre, manakala tujuh lagi hanya mengalami gejala ringan.
"Daripada 85 orang yang memerlukan rawatan, sebanyak 72 orang dirawat sebagai pesakit luar dan 13 lagi telah dimasukkan ke wad.
"Bagaimanapun, kesemua mereka berada dalam keadaan stabil dan kebanyakan kes mengalami gejala muntah, sakit perut, loya atau mual dan cirit-birit," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Dr Nor Azimi berkata, punca keracunan makanan masih dalam siasatan dan kantin MCKIP telah ditutup selama 14 hari di bawah Akta Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
"Notis kesalahan di bawah peraturan 34 (1), Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 bernilai RM1,000 telah dikeluarkan kerana gagal mengekalkan premis dalam keadaan bersih," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#MCKIP
#keracunan makanan
#Nor Azimi Yunus
#Hospital Pakar KPJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan