awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

94 lokasi bencana dikenal pasti di seluruh negara - Nanta

Bernama
Bernama
23/12/2022
06:54 MYT
94 lokasi bencana dikenal pasti di seluruh negara - Nanta
Nanta berkata daripada jumlah itu ia membabitkan 52 jalan negeri dan 42 jalan Persekutuan di lapan negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Negeri Sembilan, Johor, Selangor dan Perak. - Gambar fail
TANAH MERAH: Kementerian Kerja Raya (KKR) mengenal pasti sebanyak 94 lokasi bencana berlaku seluruh negara setakat ini, kata Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata daripada jumlah itu ia membabitkan 52 jalan negeri dan 42 jalan Persekutuan di lapan negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Negeri Sembilan, Johor, Selangor dan Perak.
"Sebanyak 61 lokasi membabitkan banjir manakala cerun runtuh (19 lokasi), jalan runtuh (lima lokasi), jalan mendap (enam lokasi) dan jambatan rosak atau runtuh (tiga lokasi).
"Enam daerah masing-masing di Terengganu dan Kelantan mencatatkan kawasan yang paling banyak terjejas akibat bencana, diikuti masing-masing empat daerah di Pahang dan Negeri Sembilan, masing-masing dua daerah di Kedah dan Johor serta masing-masing satu daerah di Perak dan Selangor," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas mengadakan tinjauan di Jambatan Kusial, di sini hari ini, susulan berlaku runtuhan dan hakisan tebing di bawah jambatan terbabit.
Nanta bagaimanapun berkata jumlah kerugian akibat bencana berkenaan belum diperoleh kerana pihaknya masih dalam proses mengumpul maklumat.
"Kita akan segera baik pulih di lokasi terjejas akibat bencana dengan memberi tumpuan di kawasan seperti Batang Kali, Selangor," katanya.
Mengulas mengenai tinjauan beliau di Kelantan, Nanta berkata pembaikan segera akan dilakukan di laluan Persekutuan FT003 di Seksyen 664.00 iaitu laluan Kota Bharu-Kuala Terengganu akibat ditenggelami air pada Ahad lalu melibatkan anggaran kos berjumlah RM850,000.
"Bagi struktur jambatan Kusial di Tanah Merah pula, ia tidak terjejas dan laluan jambatan dibuka kepada pengguna walaupun berlaku runtuhan dan hakisan tebing pada pile cap di bawah jambatan itu berikutan hujan lebat Ahad lalu di jalan Persekutuan FT004 Seksyen 281.50 Machang-Jeli.
"Namun begitu, pemantaun rapi serta pemeriksaan secara fizikal oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan konsesi tetap dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan pengguna," katanya.
Katanya, orang ramai boleh menyalurkan aduan kepada Bilik Gerakan Bencana (BiGBen) yang berfungsi sebagai pusat sehenti bagi pengurusan maklumat kejadian bencana seperti banjir, cerun runtuh, jalan runtuh, jalan mendap dan jambatan rosak serta runtuh yang melibatkan jalan di bawah seliaan JKR seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Alexander Nanta Linggi
#lokasi bencana
#cerun
#hakisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan