awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

977 kes HFMD di Melaka, meningkat 9 kali ganda

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
12/05/2022
08:11 MYT
977 kes HFMD di Melaka, meningkat 9 kali ganda
Ibu bapa dinasihati untuk lebih peka dan tidak menghantar anak ke sekolah mahupun pusat jagaan sekiranya dijangkiti penyakit itu.
AYER KEROH: Kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Melaka mencatatkan peningkatan mendadak dengan 977 kes dilaporkan ketika ini berbanding hanya 95 kes dalam tempoh sama tahun lalu.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Rusdi Abd Rahman berkata sebanyak 13 kluster direkodkan sehingga minggu Epid (ME) ke-18 yang bukan sahaja melibatkan taska, tadika dan pusat jagaan, malahan premis kediaman keluarga.
Beliau berkata, dalam tempoh itu, sebanyak 11 buah premis membabitkan tujuh premis di daerah Jasin, tiga premis di Melaka Tengah dan sebuah premis di Alor Gajah diarah tutup di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
“Pada tahun 2020 dan 2021 lalu kes yang dilaporkan adalah rendah kerana berlakunya pandemik COVID-19 yang mana taska, tadika, pusat jagaan dan sekolah ditutup.
“Daripada 13 kluster yang direkodkan ketika ini, melibatkan lima buah taska, empat buah tadika, dua buah pusat jagaan dan dua buah rumah persendirian dan keluarga,” katanya dalam kenyataan di sini.
Mengulas lanjut beliau berkata, ibu bapa dinasihati untuk lebih peka dan tidak menghantar anak ke sekolah mahupun pusat jagaan sekiranya dijangkiti penyakit itu.
Jelasnya, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) sentiasa memantau perkembangan kes itu dan beberapa sesi 'town hall' bersama kumpulan pengusaha termasuk tadika,taska, pasar raya dan pusat membeli belah turut diadakan.
“Amalan kebersihan diri, pengasingan dan pemakaian pelitup muka membantu mengurangkan kes dan perkara itu juga perlu diajar kepada anak-anak.
“Sekiranya mengesan jangkitan berkenaan terhadap anak-anak, ibu bapa mesti terus membawa anak mereka ke klinik dan jika keadaan kesihatan bertambah teruk, bawa mereka segera untuk mendapatkan rawatan di hospital,”tambahnya.
Topic Berkaitan
#HFMD
#peningkatan mendadak
#Melaka
#Dr Rusdi Abd Rahman
#jangkitan
#taska
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan