awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

987,012 individu lengkapkan dua dos vaksin COVID-19 - Dr Adham

Bernama
Bernama
28/05/2021
10:57 MYT
987,012 individu lengkapkan dua dos vaksin COVID-19 - Dr Adham
Dr Adham berkata lima negeri yang telah melengkapkan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 133,425 dos diikuti Sarawak (92,796), Kuala Lumpur (92,351), Johor (88,129) dan Perak (86,402). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seramai 987,012 individu telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Dr Adham menerusi akaun Twitternya hari ini berkata seramai 1,725,364 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini sebanyak 2,712,376 dos setakat semalam.
Dr Adham berkata lima negeri yang telah melengkapkan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 133,425 dos diikuti Sarawak (92,796), Kuala Lumpur (92,351), Johor (88,129) dan Perak (86,402).
Setakat semalam, 47.70 peratus atau 11,564,724 individu mendaftar untuk menerima suntikan vaksin dan Selangor mencatatkan jumlah pendaftaran tertinggi iaitu 3,092,149 orang.
Mengikut perancangan program imunisasi itu, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April lepas melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.
Fasa kedua bermula April hingga Ogos ini pula membabitkan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan Orang Kurang Upaya manakala fasa ketiga yang dijadual pada Mei tahun ini hingga Februari 2022, melibatkan individu 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara, dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#vaksin
#COVID-19
#lengkapkan dua dos
#Dr Adham Baba
#PICK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan