awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AADK gerak #SkuadIhsanMadaniKDN bantu mangsa banjir

Astro Awani
Astro Awani
07/12/2024
03:00 MYT
AADK gerak #SkuadIhsanMadaniKDN bantu mangsa banjir
Ruslin ketika menyempurnakan sesi Flag Off #SkuadIhsanMadaniKDN ke Kelantan dan Terangganu bagi misi membantu mereka yang terkesan akibat kejadian bencana banjir di Ibu Pejabat AADK, Kajang. - Foto AADK
KUALA LUMPUR : Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) hari ini menggerakkan #SkuadIhsanMadaniKDN bagi melaksanakan misi bantuan banjir di Kelantan dan Terengganu.
Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Ruslin Jusoh berkata, #SkuadIhsanMadaniKDN itu digerakkan melibatkan seramai 100 orang sukarelawan terdiri daripada pegawai AADK di ibu pejabat, Pejabat AADK Selangor, Pejabat AADK AADK Wilayah Persekutuan, Pejabat AADK Kelantan, Pejabat AADK Terengganu dan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sepang.
Katanya, bagi misi bantuan ini, AADK meletakkan keutamaan bantuan pascabanjir kepada dua kawasan yang terjejas teruk iaitu di sekitar Pasir Mas, Kelantan dan Besut, Terengganu.
“Inisiatif ini adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengkehendaki semua pejawat awam turut memainkan peranan yang sama dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.
“Antara aktiviti yang akan dilakukan oleh sukarelawan tersebut adalah menyantuni mangsa-mangsa banjir, melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan mengagihkan bantuan barang keperluan harian,” katanya di sini hari ini.
Terdahulu beliau menyempurnakan sesi Flag Off #SkuadIhsanMadaniKDN ke Kelantan dan Terangganu bagi misi membantu mereka yang terkesan akibat kejadian bencana banjir di Ibu Pejabat AADK, Kajang.
Dalam pada itu, Ruslin menambah, menerusi penubuhan skuad ini, AADK sentiasa bersedia untuk menggerakkan lebih ramai anggota bagi melaksanakan misi bantuan banjir ke negeri-negeri lain memerlukan.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Tuan Khairul Anwar Bachok dan Pengarah Bahagian Pencegahan AADK, Zainuddin Abdullah.
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir2024
#monsun timur laut
#Bah Kuning
#AADK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan