awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPWKM siasat dakwaan salah urus dana, keselamatan pelatih PPDK Taman Wahyu
Tiada makluman awal berhubung aktiviti berkayak - APMM
PM ucap selamat menyambut Hari Easter kepada penganut Kristian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ab Ghani enggan ulas spekulasi calon presiden FAM

Bernama
Bernama
10/03/2026
02:33 MYT
Ab Ghani enggan ulas spekulasi calon presiden FAM
Selain Ab Ghani, beberapa nama lain turut dikaitkan media tempatan ialah antaranya Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes dan tokoh korporat Datuk Ruben Emir Gnanalingam Abdullah.
Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Datuk Ab Ghani Hassan enggan mengulas khabar angin yang mengaitkan namanya sebagai antara calon berpotensi untuk mengisi kekosongan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Beliau berkata perkara berkenaan tidak wajar diperkatakan ketika ini dan memilih untuk memberi tumpuan kepada tanggungjawabnya bersama badan pengelola Liga Malaysia (Liga-M) itu.

“Saya tak tahu (dikaitkan)...tak payah cakap (pencalonan presiden FAM)...saya masih lagi Presiden MFL,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita pada majlis berbuka puasa anjuran MFL di Petaling Jaya, semalam.

Sebelum ini, timbul spekulasi yang mengaitkan Ab Ghani sebagai antara individu berpotensi bertanding bagi mengisi jawatan Presiden FAM pada kongres pemilihan akan datang.

Selain Ab Ghani, beberapa nama lain turut dikaitkan media tempatan ialah antaranya Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes dan tokoh korporat Datuk Ruben Emir Gnanalingam Abdullah.

Setakat ini, hanya Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin menyatakan minat untuk menerajui FAM.

Menurut statut FAM, calon presiden mesti mendapat sekurang-kurangnya enam pencalonan daripada keseluruhan 18 ahli gabungan untuk layak bertanding.
Januari lepas, kesemua Ahli Jawatankuasa FAM bagi penggal 2025-2029 meletak jawatan secara kolektif dan sukarela berkuat kuasa serta-merta sebagai langkah berprinsip dan berhemah susulan krisis yang melanda badan induk itu.
Krisis dalam FAM bermula pada September tahun lepas selepas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan FAM dan tujuh pemain Harimau Malaya - Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Manchuca, Jodo Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel - didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ab Ghani Hassan
#calon
#Presiden FAM
#khabar angin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan