awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
My Warriors Run 2026: Larian amal hargai pengorbanan pahlawan negara
Konflik Asia Barat: Iran dakwa lebih 940 sekolah rosak dalam serangan AS-Israel
Konflik Asia Barat: UK tidak akan sertai AS sekat Selat Hormuz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

‘Abah nak balik, berulang kali sebut nak rehat di akhirat' – Anak Mursyidul Am Pas

Sinar Harian
Sinar Harian
21/02/2026
10:35 MYT
‘Abah nak balik, berulang kali sebut nak rehat di akhirat' – Anak Mursyidul Am Pas
Hashim yang mendapat rawatan di Hospital Tuanku Fauziah dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang bagi menjalani rawatan lanjut. - Foto TikTok Husna
Luahan menyentuh hati anak kepada Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin, mengundang sebak dan doa orang ramai apabila beliau kini sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.
Husna Hashim meluahkan perkara tersebut menerusi perkongsian di TikTok yang memaklumkan bapanya beberapa kali menyuarakan hasrat untuk pulang dan berehat.
“Abah beritahu dia nak balik. Berulang kali juga abah sebut, abah nak rehat di akhirat. Abah kata dia sayang semua anak-anak abah. Kami pun sayang abah. Semoga abah cepat sihat,” katanya yang dipetik menerusi video berdurasi 26 saat itu.
Dalam video berasingan di akaun TikTok Husna, beliau memaparkan Hashim, 87, yang menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang bagi menjalani rawatan lanjut.
Sementara itu, akaun rasmi Mursyidul Am Pas turut memaklumkan beliau sedang menerima rawatan di hospital dan memohon semua pihak melaksanakan solat hajat untuk mendoakan kesembuhan serta kesejahteraannya.
“Buat masa ini, Tuan Guru tidak dapat menerima kunjungan ziarah kerana keadaan tidak mengizinkan. Terima kasih atas doa dan keprihatinan semua,” menurut kenyataan di laman media sosial tersebut.
Hashim dilantik sebagai Mursyidul Am Pas yang keempat pada 10 Oktober 2016 oleh Majlis Syura Ulama (MSU) Pas susulan pemergian Allahyarham Datuk Dr Haron Din pada 16 September tahun sama. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Muryidul Am Pas
#Hashim Jasin
#dirawat di hospital
#doa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan