awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM Selangor tahan 12 pendatang tanpa izin di pesisir Pantai Batu Laut
Polis ditempatkan di 151 stesen minyak berisiko tinggi - Fadillah
Malaysia catat 3.36 juta ancaman siber berasaskan web pada 2025 - Kaspersky
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abai keselamatan, bot bawa lebih 2 kali ganda jumlah penumpang ditahan di Pulau Redang

Bernama
Bernama
29/03/2026
05:30 MYT
Abai keselamatan, bot bawa lebih 2 kali ganda jumlah penumpang ditahan di Pulau Redang
Maritim Malaysia menahan bot itu pada kedudukan 26 batu nautika dari muara Kuala Terengganu, selepas dilihat bergerak membawa ramai penumpang. - Gambar hiasan
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu menahan sebuah bot penumpang yang didapati membawa muatan melebihi had dibenarkan dalam satu operasi rondaan di perairan Pulau Redang, di sini, semalam.
Pengarah Maritim Terengganu Kapten Maritim Hamiludin Che Awang berkata bot tersebut ditahan kira-kira 3 petang pada kedudukan 26 batu nautika dari muara Kuala Terengganu, selepas dilihat bergerak membawa ramai penumpang.
“Hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan membawa seramai 25 penumpang berbanding kapasiti sebenar hanya dibenarkan 12 orang sahaja seperti yang termaktub dalam lesen sah.
“Keadaan itu boleh mengundang risiko keselamatan kepada semua penumpang sekiranya berlaku kecemasan di laut,” katanya dalam satu kenyataan.
Malah, katanya, terdapat juga kru dalam bot tersebut yang tidak memakai jaket keselamatan, sekali gus meningkatan risiko kehilangan nyawa.
“Bot tersebut dikendalikan oleh tiga orang kru warga tempatan berusia 19 hingga 23 tahun,” katanya.
Hamiludin berkata kesemua penumpang telah diarahkan turun dengan selamat manakala bot bersama kru ditahan dan dibawa ke jeti Maritim Terengganu untuk siasatan lanjut di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana melanggar syarat lesen dengan membawa penumpang melebihi had yang dibenarkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maritim Malaysia
#terengganu
#Pulau Redang
#kesalahan bot
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan