awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abang bunuh adik sendiri di depan ibu yang uzur

Astro Awani
Astro Awani
23/03/2016
01:05 MYT
Abang bunuh adik sendiri di depan ibu yang uzur
Pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak yang tiba di tempat kejadian menemui mangsa dalam keadaan berlumuran darah. - Gambar Astro AWANI
Seorang pemandu lori maut selepas ditikam abangnya di kediamannya di Jalan Desa, Bandar Country Homes dekat sini jam 10 malam tadi.
Mangsa, yang dikenali sebagai Botak ditikam dengan pisau selepas dipercayai terlibat dalam satu pertengkaran dengan abangnya.
Kejadian itu dipercayai turut disaksikan oleh keluarga mangsa termasuk ibu mereka yang sedang uzur dan dua adik perempuan.
Pergaduhan dua beradik berkenaan sebelum itu disedari jiran tetangga.
Namun usaha mereka untuk meleraikan pertengkaran gagal kerana pagar rumah mangsa berkunci. Penduduk kemudian bertindak menghubungi polis.
Pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak yang tiba di tempat kejadian menemui mangsa dalam keadaan berlumuran darah.
Astro AWANI
Pemandu lori yang dikenali dengan panggilan Botak itu dipercayai terlibat dalam satu pertengkaran sebelum bertindak membunuh adiknya. - Gambar Astro AWANI
Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia. Polis turut menemui pisau yang digunakan suspek.
Suspek, berusia sekitar 40 tahun bagaimanapun berjaya diberkas orang ramai dan diserahkan kepada pihak polis.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.
Topic Berkaitan
#IPD Gombak
#Pemandu lori maut selepas ditikam abangnya di Rawang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan